Monday, January 3, 2011

Selsema

Pixs sudah 2 hari batuk-batuk dan sekarang mulalah selsema. Masih boleh bertahan, cuma Pixs rasa penat juga tarik-tarik bendalir dalam hidung ini. ^^

Selsema atau saintifiknya influenza (flu) ialah jangkitan pada salur pernafasan disebabkan oleh berbagai jenis virus selsema. Pixs mahu senaraikan semua virus tersebut pun rasanya Pixs sendiri tidak expert dalam hal ini, untuk maklumat lanjut pembaca, layarilah internet sebaiknya. ^^

Kalau tidak silap Pixs, mungkin Pixs dapat selsema ini setahun 2-3 kali, apa pendapat pembaca semua, pernah terkena selsema? Apa punca selsema dan cara meredakannya?

Pixs tidaklah sehebat mana, Pixs dapat info pun dari sumber-sumber internet.

Fever 1

Fever 2
fever 3

Menarik tentang selsema? Terdapat lebih 200 virus selsema. Memang banyak juga, virus mana satu Pixs terkena, Pixs tidak tahu. Pixs terbaca bahawa penyakit ini kadang-kadang bermusim. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Menarik juga penyakit ini. Lebih menarik, virus selsema ini ada yang telah bervariasi, contohnya seperti yang telah menakutkan kita pada suatu musim dahulu iaitu musim influenza burung dan influenza H1N1. Mahu diterangkan kedua-dua influenza ini agak dalam juga, tetapi secara ringkasnya kedua-dua influenza ini boleh meragut nyawa.

Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Tanda-tanda awal selsema:

1. Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
2. Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
3. Kuat bersin.
4. Sakit kepala.
5. Adakalanya, demam yang ringan.
6. Sakit badan.
7. Mata berair. 

Pixs sudah kena penyakit ni, macam-macam lah Pixs sudah cuba. Pixs dengar nasihat Pap Pixs, minum air suam, sedikit panas, memang tidak sedap, rasanya tawar, tapi ada sedikit lega, lebih-lebih lagi ketika batuk-batuk berkahak. Mungkin berkesan untuk melegakan batuk jangka masa pendek. Jika difikirkan, badan memerlukan lebih air untuk sistem dalam badan berfungsi, jadi ada betulnya juga untuk meminum lebih air.

Pembacaan Pixs menjumpai bahawa air jus juga boleh meredakan juga mengubati. Meminum air asam atau limau memang sedap juga melegakan, tetapi Pixs tidak jumpa info yang mengatakan air limau atau asam ini boleh mengurangkan selsema.

Info lain yang Pixs dapat,  banyakkanlah berehat, banyakkan minum air dan mendapat nasihat doktor. 

Pendapat Pixs, penyakit ini sebahagian dari ujian, terima keadaan diri dan cuba hadapi dengan tenang. Sesuatu yang terjadi sama ada baik atau buruk sentiasa ada hikmahnya. ^^

Pixs seorang yang banyak salah...

Sumber:

No comments:

Post a Comment

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...