Pixs dahulu ketika masih menjadi pelajar sekolah rendah mempunyai sebuah kumpulan yang hebat. Bukan kumpulan band, tetapi kumpulan dalam kelas. Kumpulan ini bertahan selama setahun dan menjadi ingatan untuk Pixs sampai sekarang.^^
Cerita Pixs ini cerita tentang kumpulan Pixs yang dibentuk dalam sebuah kelas, di S.K Brumas Tawau, ketika Pixs berada di Darjah 3. Cikgu ketika itu bernama Ariffin, dipanggil, Cikgu Ariffin lah juga. Di awal tahun, dalam kelas Pixs itu, mereka dibahagikan beberapa kumpulan, rasanya ada 5 kumpulan dibentuk dan setiap kumpulan terdiri dari pada 5 ke 6 orang pelajar, pelajar lelaki dan perempuan diasingkan.
Bapa Pixs seorang guru berjawatan sebagai Hal Ehwal Murid di sekolah tersebut. Bapa Pixs tidak garang, lucu, dikenali dan dihormati di sekolah tersebut, rasanya status bapa Pixs menjadi popular mungkin kerana beliau aktif dalam semua aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua warga sekolah dan Kampung Brumas. Mahu dijadikan cerita, popularnya bapa Pixs menjadikan anak-anaknya menumpang populariti. Dalam pembahagian kumpulan dalam kelas Pixs, Pixs menjadi rebutan oleh rakan-rakannya untuk memasukkan Pixs dalam kumpulan mereka. Akhirnya Cikgu Ariffin memutuskan sendiri untuk Pixs masuk dalam kumpulan Rizal, ketua budak nakal dalam kelas tersebut.
Rizal ini nakal-nakal pun pandai juga sembahyang, mengaji dan otaknya geliga dari Pixs. Aktiviti sukan, bola dan maen kejar-kejar, cukup dahsyat, maen pakai batu, semua permainan dia hentam, hebat dan seronok juga ikut dia main. Cuma aktivitinya membuli budak-budak lain, menumbuk dan menendang buat Pixs kurang selesa. Pantang budak lelaki buat salah sikit, pasti dikejar.
Rizal ada anak buah, Ridhuan, Nazreen, Shukri, Laso adalah pengikut setia. Rasanya mereka dalam membuat sesuatu projek yang ganas, selalu satu kepala. Aktiviti kegemaran, membuli Razali, budak yang tidak juga lemah, cuma suka buat orang sakit hati. Pernah sekali Razali makan nasi lemak Pixs dan sedap-sedap sahaja dia kata, "siapa suru kau letak-letak, aku makan ja la"(sleng bajau). Memang sakit pun hati Pixs, kali ini, Pixs sendiri dan kumpulan Rizal kejar Razali.
Cukup cerita panjang lebar, kembali cerita pembahagian kumpulan. Pada hari itu, Cikgu Ariffin meminta pelajarnya mencari satu nama untuk setiap kumpulan mereka. Kali ini, kumpulan Pixs, terdiri daipada, Rizal, Ridhuan, Nazreen, Shukri dan Laso memikir apa nama kumpulan yang hebat. Ada yang nama Singa, Harimau, Sang Kancil dan Buaya (tajuk cerita kanak-kanak) dan yang melucukan Nazreen memberi idea berbunyi Biji Berbulu. Dia ingin memberi nama rambutan, cuma menukar sedikit pendekatan. Jika direnung, budak darjah tiga ketika itu sudah mula berfikir luar dari kotak.
Masih di ingatan Pixs lagi, Pixs bertindak sebagai pembangkang dengan semua idea yang diberi ahli kumpulannya. Kalau harimau, singa, kancil, memang dalam satu kelas itu semua idea yang sama. Nama buah cuma tidak menepati kehendak hati Rizal dan Pixs, nama lain seperti Toyota (kereta pilihan di kampung tersebut kerana jalan yang masih tidak bertar), Saga, dan nama kereta lain tidak diterima kerana tidak mengetahui maksudnya. Akhirnya timbul perkataan KREATIF dalam buku teks, kesuntukan waktu, Pixs memberi nama kumpulan tersebut kepada Cikgu Ariffin tanpa diketahui oleh ahli kumpulan lain.
Keesokannya Cikgu Ariffin membawa manila kad bercoretkan nama kumpulan-kumpulan dalam kelas tersebut. Ahli dalam kumpulan Pixs mencari nama kumpulan mereka. Tercengang, apa lah juga maksud KREATIF itu. Satu kumpulan bertanya kepada Cikgu Ariffin tentang perkataan tersebut dan satu kelas mahu tahu hebatnya perkataan itu. Cikgu Ariffin rasanya seorang yang profesional, memberi pujian kepada kumpulan Pixs, dan menerangkan maksud KREATIF tersebut.
Banyaklah karut marut, puji-pijut, kata-kata penaik diberikan kepada kumpulan Pixs kerana memberikan nama kumpulan yang lain dari lain. Seingat Pixs, maksud KREATIF yang diberikan oleh Cikgu Ariffin ialah "lain dari yang lain", Pixs masih ingat lagi kerana perkataan ini Pixs tulis dibawah nama kumpulannya dalam manila kad cikgu. Penerangan yang Cikgu Ariffin berikan kepada kami meyakinkan kami melakukan semua perkara lain dari yang lain lebih hebat dari kumpulan lain.
Banyak aktiviti-aktiviti kelas yang kami lakukan telah kami menangi dan menambah mata kumpulan kami. Kami sekumpulan membuat persembahan kelas mengenai Hang Tuah dan Jebat Penderhaka arahan abang Rizal, ketika itu Pixs menjadi bendahari bermisai kertas, dan memenangi tempat pertama dalam kelas. Kumpulan kami melukis lukisan orang bermain layang-layang, tidak secantik lukisan profesional tetapi memberi makna bahawa ketika itu adalah musim pelajar hangat bermain layang-layang.
Kumpulan KREATIF ini menyatukan Pixs dan kumpulan Rizal yang dahulunya disangkakan samseng rupanya adalah rakan terbaik yang boleh dijadikan sahabat. Pixs sudah mula menjadi geng dalam Kumpulan Samseng Rizal, siap ikut membuli Razali lagi. ^^... Lebih bermakna lagi, persembahan lakonan Hang Tuah dan Jebat Penderhaka yang dilakonkan dikelas telah dibuat persembahan pentas yang mana dilakonkan oleh semua pelajar dalam kelas Pixs arahan Cikgu Ariffin. Pixs menjadi bendahari ketika itu dan mempunyai dayang. Lucu juga kerana ketika itu sudah mula skandal dengan pelajar paling tinggi dan cantik dalam kelas, cuma Pixs lupa nama pelajar itu.
Hubungan Pixs dan geng Rizal semakin rapat, setiap petang klau ada acara, melastik burung dan anjing, bermain layang-layang, bermain pecah batu, kaki beracun, polis pencuri, gasing dan banyak lagi aktiviti. Dalam pertengahan tahun ketika berada darjah 4, bapa Pixs ditukar tempat bertugas, cerita kumpulan KREATIF terhenti, sedih juga meninggalkan Brumas, tapi ketika itu masih kecil, 3 hari cukup melupakan kisah lama dan mencari kegembiraan baru. Cuma ketika menaip cerita ini, semua muka, bau, rasa, perasaan kembali menyentuh Pixs, masa yang lalu tidak dapat diputar kembali. Khabar dari sebelah sana pun tidak diketahui.
Apapun hidup terus dijalani, cerita pula sentiasa berganti. Cerita ini telah lama berlalu, biarlah hanya menjadi ingatan yang berharga. Cuma tertanya, apa sudah jadi dengan kumpulan samseng Rizal. Harap kehidupan mereka gembira dan ganas selalu...^^
Pixs seorang yang penuh kesalahan...
wa baru ari ni dapat tau,rupanya ada yg da bekenan sejak zaman sekolah lg..tinggi cantik lg..waaaaaa.......
ReplyDeleteKisah silam merupakan suatu pengalaman...mahu atau tidak sesuatu perkara tetap telah berlaku... ^^
ReplyDelete