http://mozaks.net/rnr/wp-content/uploads/2009/07/plastic.jpg |
Sebenarnya Pixs baru terbaca tentang berita beg plastik ini di akhbar. Tajuknya kalau tidak silap "bayar 20 sen untuk beg plastik". Rasanya kenapa perlu kerajaan buat perkara sedemikian? Walauapapun yang kerajaan lakukan, perlulah kita tahu untuk apa dan siapa perkara itu dilakukan.
Pixs tidaklah sehebat mana, Pixs dapat info pun dari sumber-sumber internet.
Kepada pelanggan pasar raya, bagi pasar raya besar dan premis terpilih seluruh negara yang tidak membawa beg sendiri akan dikenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dibekalkan premis berkenaan jika membeli-belah pada setiap Sabtu. Janganlah risau, duit itu tidak pergi kemana juga, hasil yang dikumpul itu disimpan dalam dana khas bagi melaksanakan program kepenggunaan serta kemasyarakatan sekaligus menjurus ke arah pemuliharaan alam sekitar. Jadi kepada pelanggan yang terlupa membawa beg sendiri pada hari sabtu di pasar raya, janganlah kedekut sangat, ikhlaskan hati untuk membantu dana khas ini.
Sebuah kempen telah dibuat, kempen setiap Sabtu sebagai Hari Tanpa Beg Plastik. Jadi, untuk hari Ahad hingga Isnin, apabila mendapat beg plastik percuma, simpan-simpanlah untuk kegunaan pada hari sabtu.
Sebenarnya kempen ini untuk memulihara alam sekitar, begitu juga menyemai budaya hidup lestari dalam kalangan rakyat sejagat.
Tahukah pembaca semua, bahawa
1. 4 ke Lima trillion beg plastik di buat setiap tahun,
2. dari 100 trillion beg plastik, hanya 1% sahaja yang di kitar semula,
3. beg plastik yang terdampar dilautan mengancam nyawa kehidupan laut,
4. dan bayangkan bagaimana 4 trilion itu bila dikumpulkan, agak-agak boleh lemas jugak kita.
Plastik ini bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, tetapi juga turut memberi kesan kepada ekonomi dan juga kesihatan pengguna. Bagaimana ekonomi dan pengguna boleh terlibat dalam kesan plastik ini? Sama-samalah kita kaji.
Pendapat Pixs, cara ini mungkin merupakan langkah bijak dalam menjaga alam kita sekaligus menyedarkan orang ramai tentang kesan beg plastik ini. Memang tidak dinafikan dengan wujudnya elemen ini telah memberi sejuta kebaikan kepada umat manusia, tetapi sentiasalah beringat, ada baik ada juga buruknya, ada positif dan juga negatifnya. Jika sudah kedua-duanya wujud serentak, kita lebihkan kebaikan, minimumkan seminima mungkin apa yang tidak baik.
Sumber:
- http://mozaks.net/rnr/2009/07/13/hadkan-penggunaan-beg-plastik-mulai-julai-2009/
- http://www.kuskom.net/node/97
- http://keruak.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1106:anwar-lantik-dr-jeffrey-sebagai-ketua-perhubungan-pkr-sabah&catid=40:terkini
- http://www.nikillas.co.cc/2010/01/26/kurangkan-penggunaan-plastik/
Pixs hanyalah seorang manusia yang penuh salah. . .
No comments:
Post a Comment