~ Sekaphur Sirih ~
|  | 
| Mohd Syafiq Bin Suhaibul | 
 Pixs  Dot Uha (Pixs.Uha) merupakan gabungan antara nama pena, Pixs, dan  laungan gembira, Uhaaa, yang mana telah tercipta hasil daripada tinjauan  dan pemandangan yang telah penulis lalui ketika zaman pembesarannya  sehingga kini.
Pixs  iaitu singkatan bunyi terdekat dari nama penulis, Mohd Syafiq Suhaibul,  yang mana perkataan "Syafiq" telah dipendekkan dan mengalami beberapa  penyesuaian bunyi dan intonasi. Bermula daripada perkataan Sapek, nama  panggilan ketika sekolah menengah, kepada World kerana minatnya kepada  seorang artis bernama Mawi. Kemudian nama panggilan bertukar menjadi  singkatan Wel yang mana mempunyai sama bunyi dengan kata asal.  Selanjutnya ketika memasuki zaman universiti, penulis telah terpaut hati  dengan seni fotografi selepas mendapat hand-phone jenama Sony Ericson  W890i, 3.2 mega pixels berwarna silver berharga RM989.99, memberikan  penulis ilham dengan nama penanya yang terkini Pixs, suatu nama yang  mudah, ringkas, padat dan menarik.
    Uha merupakan suatu nada teriakan yang boleh digunakan untuk membakar  semangat, melepaskan tension dan juga sebagai nada gembira.
Terciptanya  blog PixsDotUha tidak lain adalah sekadar perkongsian pengalaman,  informasi dan renungan diri kepada semua pembaca. Semoga apa yang baik  dapat diteladani bersama dan yang kurang baik sebagai pengajaran untuk  kehidupan yang sentiasa menerobos pancaroba dunia.
Semoga  dengan apa yang telah dihidangkan, coretan yang telah diwarnakan,  gurauan yang dapat disediakan serta teguran yang membinakan mampu  membawa pembaca mengambil iktibar dan ilmu sebagai panduan hidup kala  susah dan senang.
Sekapur sirih, seulas pinang...
Biarlah hati bersih, jiwa pastinya tenang...
 
 
