Tuesday, January 25, 2011

Cantikkah Rumah Anda

Cerita ini berkenaan dengan seorang tukang kayu handalan yang sudah tua. Dijadikan cerita bahawa tukang kayu ini ingin bersara dari melakukan kerja-kerjanya yang selama ini membuat rumah. Tukang kayu ini memberitahu majikannya tentang niatnya untuk bersara dan ingin meluangkan masa bersama keluarganya. Untuk mencantikkan cerita, tukang kayu ini sangat mahir dalam membuat rumah, hasil kerjanya berkualiti dan sangat terkenal.



Mendengar niat tukang kayu itu, majikannya merasa sedih kerana akan kehilangan pekerja yang mahir dan sangat dikaguminya. Majikannya membuat permintaan terakhir iaitu meminta tukang kayu tersebut untuk membina satu lagi rumah terakhir bagi menamatkan pekerjaannya. Tukang kayu itu bersetuju, namun merasakan sudah tidak ada hati lagi dalam melakukan kerjanya sebagai pembuat rumah, rumah yang ingin dibina itu diusahakan tanpa bersungguh-sungguh dan pembinaannya pun seperti yang selalu dibinanya.

Apabila tukang kayu tersebut siap membina rumah itu, majikannya pun datang memeriksa hasil terakhir kerjanya. Majikannya berjumpa kepada tukang kayu tersebut dan memberikan kunci rumah yang baru dibinanya itu kepadanya dan berkata, "Ini adalah rumah kamu... Hadiah daripada saya untuk kamu."

Tukang kayu tersebut sangat terkejut.

Tukang kayu tersebut merasa menyesal, kalaulah dia mengetahui rumah tersebut akan menjadi miliknya, tentulah rumah tersebut akan dibinanya dengan sehabis baik dan merupakan hasil yang paling cantik yang pernah dibinanya.

Begitulah juga dengan cerita dalam hidup kita. Kita membina hidup kita, setiap hari pada setiap masa, sama ada membina dengan baik atau tidak kepada binaan kita. Pernahkan kita berfikir bahawa kita telah mendiami hidup yang telah kita bina. Jika kita sudah menyedari bahawa kitalah yang akan mendiami hidup tersebut, adalah perlu untuk kita membinanya dengan baik dan cantik.

Seperti rumah, mana-mana bahagian yang tidak elok, sudah rosak, dan tidak sesuai boleh ditukar atau diubah suai. Begitulah juga hidup kita, jika perangai tidak elok, sebaiknya diperelokkan dan mana-mana bahagian yang tidak sesuai seperti perucapan dan tinggkah laku yang kurang sopan perlulah di "renovate" atau diubah suai mengikut kesesuaian.

Oleh itu, binalah rumah (hidup) anda dengan baik kerana rumah yang anda bina bukanlah untuk orang lain, tetapi untuk anda sendiri. Bagaimana anda membina rumah anda? Renungkanlah...

Pixs seorang yang penuh dengan kesalahan...

Sumber Rujukan:
 - http://www.indianchild.com/building_your_house.htm

2 comments:

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...