Kali ini Pixs membawakan ucapan-ucapan untuk seorang sahabat Pixs yang baru sahaja melepasi umur 20 tahun kehidupannya. Dalam program untuk menggembirakannya, seorang dari temannya menampilkan idea untuk mengutip beberapa cerita menarik dari rakan-rakan sahabat ini mengenai pengalaman mereka ketika mereka mengenali sahabat ini. Ucapan-ucapan ini telah di post ke dalam Blog PISMP Sains. Untuk sahabat yang bernama Arnet, Selamat Hari Lahir. ^^
Pixs tertarik dengan ucapan-ucapan rakan-rakan Arnet, ucapan yang mana apabila dibaca, melahirkan rasa gembira untuk pembaca yang mereka tujukan. Pixs tahu, pasti tidak ada rasa tertekan, geram, benci atau apa-apa perasaan negatif sedikitpun mereka letakkan dalam proses mengarang ucapan mereka. Hasil ucapan mereka, terbukti, mana-mana pembaca yang membaca ucapan ini, pasti akan merasa tenang. Insyallah... ^^
Pixs seorang yang banyak salah, menyimpulkan bahawa, dalam apa-apa perkara sekalipun, jika kita lakukan dengan perasaan kita, dengan hati kita, hasilnya juga akan sama seperti apa yang ada dalam hati kita ketika kita mengerjakan perkara tersebut. Oleh itu, selalulah kita melakukan sesuatu perkara itu dengan hati yang terbuka, tenang dan gembira kerana apabila hasilnya sudah berbuah, mereka yang melihat hasilnya juga akan merasa sedemikian rupa.