Sunday, February 27, 2011

S.S.M.

Kalau orang putih, mereke slalu sebut BFF. Untuk yang hiphop sikit mungkin sebut BBE (best buddy ever). Kalau Pixs pula, sekadar SSM sahaja. Maksudnya ialah "Sahabat Sampai Mati"... ^^

Cerita sebelumnya Pixs dari pedalaman Brumas dan mengikuti bapanya yang berpindah tempat bertugas ke sekolah baru. Sekolah tersebut ialah S.K. Pengalat Besar. Bapa Pixs menjawat jawatan penolong kanan 1 disekolah tersebut. Di sini, Pixs mengambil ikhtibar dari sekolah lama Pixs, mencari kawan tanpa mengira bagaimana perangai budak tu, yang penting kawan. Tapi mula-mula sampai sekolah tu, macam biasa la, malu segan lagi silu, perangai setan belum lagi keluar.



Untuk hari pertama masuk sekolah baru, Pixs bertemu Faizul Mat Ali (siap ingat nama bapa lagi) budak paling terpaling pandai di sekolah tu. Memang pandai la budak ni, Pixs tidak tahu dia ni makan apa sampai jadi pandai. Dialah juga yang bawa Pixs pergi kelasnya, juga mula-mula berkenalan dengan Pixs. Pixs biasa sahaja dengan dia, untuk pertengahan tahun darjah 4 tu sampai habis tahun, kami berdua rapat sangat.

Mula-mula masuk kelas tu, cikgu tengah mengajar, mengajar matematik, memang makanan Pixs. Pixs duduk dan buat soalan matematik yang ada di papan tulis. Cikgu time tu Pixs dah lupa, yang Pixs ingat cikgu tu cikgu perempuan. Cikgu time tu suruh pelajarnya buat jawapan di papan tulis, dan memeriksa jawapan ramai-ramai. Satu soalan tu cikgu tanya, "Murid-murid, betul kah jawapan kawan kamu ni?". Semua la cakap betul, tapi tidak Pixs. Faizul pun cakap betul time tu. Memang Pixs dari awal sudah kesan kesalahan tu, mahu tunjuk temberang la katakan. Cikgu suruh kedepan, betulkan jawapan. Lagi temberang Pixs mara kedepan betulkan jawapan. Pixs buat soalan tu tapi lain pulak jawapannya dari jawapan di kertas Pixs. Adui, malang betul hari itu, Pixs sendiri yang salah kira rupanya, berpeluh Pixs sampai balik rumah, malu, malu sangat, malu yang teramat sangat, sampai Pixs tulis cerita ini pun masih terasa malunya. Sampai esoknya Pixs rasa macam tidak mau pergi sekolah, nasib lah rumah time tu dalam kawasan sekolah, tidaklah Pixs dapat ponteng. Aduhaaai... ^^

Faizul menjadi kawan Pixs, untuk darjah 4 tu dia seorang sahaja yang Pixs ingat yang pernah bergaul dengan Pixs. Pixs tidak ada kawan perempuan, atau ada cuma Pixs sama sekali, sedikitpun tidak ingat.

Masuk darjah 5, kelas telah di rombak, yang pandai dikumpul dalam satu kelas, selebihnya kelas sebelah. Bermula dari kelas ini, Pixs bertemu ramai kawan. Adek, Ijan, Asrab, Azwanizam, Khalid, Rafiz, Ijam, Hamizan dan . . . emmm... susah Pixs mahu sebut, rupa-rupa di ingat, cuma nama-nama tu yang susah mahu muncul, lain kali Pixs kalau tengok orang biar sampai paras dada, biar nanti kalau ingat rupa nampak tanda nama sekali... ^^ Kawan perempuan Pixs seorang pun tidak ingat, aduhai, kesian pulak diorang tu, mungkin diorang tidak pernah berhutang dengan Pixs, tu lah pasal tidak diingat. ^^

Cerita untuk darjah 5 ini, Pixs ada seorang kawan Khairul Anuar Basni a.k.a Alo, tidak tahu kenapa dipanggil Alo, Pixs ikut ja. Duduk dalam satu kumpulan dalam kelas, pesaing Matematik Pixs. Best juga, selalu Pixs kasi kalah dia,hahaha... Tapi selalu juga markah kami berdua sama banyak, 100%. Untuk Faizul, dia ada pesaing baru, Asrab, sama terer dengan dia. Pixs kurang bercakap dengan Faizul, tapi kalau bab bermain, satu kelas tu join sama. Satu kelas juga yang nakal. Cerita Pixs dan Alo, Pixs rasa kami berdua banyak persamaan, tidak terlalu nakal, pendiam sikit dan banyak la. Cuma Alo ni baik, Pixs penjahat.

Pixs bersama dengan Alo dari darjah 5 bersambung ke Tingkatan 1 hingga tingkatan 6, tidak pernah bergaduh, sekali pun tidak bernah bertengkar, kalau tinggi suara sekalipun memang diselang selikan dengan ketawa. Di sekolah agama pun Alo dan Pixs satu meja, Alo kuat menghafal, sekelip mata hadis dia boleh hafal, untuk Pixs, maaf la, kurang pedoman, memang boleh menghafal, tapi untuk sehari dua. Sampai sekarang nombor telefon cewek pun tidak diingat, inikan pula hadis. Falsafah pendidikan yang perlu dihafal, minta ampun, Pixs ingat JERIS tu ja... ^^

Darjah 6, Pixs masih satu meja dengan Alo. Cerita Pixs dengan perempuan-perempuan darjah 6, ada juga la. Yang Pixs ingat, Fadhilah perempuan paling tinggi, Khamisah, perempuan paling busuk, yang cantik time tu Pixs tidak tengok sangat pun, tapi sekarang ni, ramai yang cantik-cantik. Ketika darjah 6 Pixs belajar sangat, UPSR punya pasal Pixs sanggup tidak turun bermain untuk 1 bulan. Kekal dibilik, bapa Pixs pun kagum juga la tengok Pixs. Ini semua gara-gara penceramah motivasi tu, pasal dialah Pixs termakan cakap dia. "Untuk sebulan sahaja, belajar sungguh-sungguh, dapatkan 5A, tinggalkan dahulu bermain, bla... bla... bla...". Akibatnya, percubaan UPSR Pixs dapat ramai C. Sebenarnya dari darjah 1 hingga 6 Pixs tidak pernah dapat A pun dalam mana-mana pelajaran kecuali Matematik. Bapa Pixs seorang guru profesional juga, dia tau Pixs kuat belajar, tapi keputusan tidak memuaskan, bapa Pixs slalu bawa pergi memancing. Bapa Pixs suruh belajar pagi dan malam sahaja, dan awal tidur. Dia suru juga belajar berkumpulan. Pixs tetap lah dengan Alo, dia sudah kalahkan Pixs dalam ujian percubaan, tinggal balas dendam ja. UPSR Pixs dapat 4A 1B, Sains B. Faizul, Asrab dan Shahrulnizam dapat 4A 1B juga, cuma BI yang B. Alo Pixs tidak tahu dapat apa.

Tidak banyak perkara yang kami kongsi, namun hubungan persahabatan tetap kukuh. Sekarang Alo berada di UiTM Shah Alam, semester terakhir, kalau dia kaya nanti, minta belanja la jawapnya. Apapun Pixs bersyukur, dalam ramai-ramai orang yang Pixs lupakan (bukan sengaja dilupakan), ada juga orang yang Pixs masih kekal diingatan malah masih segar. Bukan Alo seorang sahaja yang Pixs masih berhubung, Ijam, Hamizan juga masih Pixs ingat.

Pixs sematkan blog Pixs untuk sesi ini dengan gambar-gambar Pixs.

Alo di Kursus FELCRA 2007

Pixs di Kursus FELCRA 2007
(baju hitam tu masih Pixs pakai sampai sekarang ^^)
Alo 2005

Alo Raya 2006

Alo Pixs Raya 2006

Alo Pixs Raya 22006 2

Pixs Alo 2005


Alo sahabat Pixs yang pertama dan yang paling lama. Harap biarlah berkekalan sampai bila-bila, SSM la katakan...^^

Untuk cerita seterusnya, cerita Pixs sewaktu di sekolah menengah. ^^

Pixs seorang yang penuh dosa... ... ...


No comments:

Post a Comment

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...