Saturday, February 12, 2011

Nilai Diri

Easy Money?
Getting money?

Misconception of money?

Ada la sebuah cerita ni, seorang bapa melihat anaknya pulang dari melakukan pekerjaan sehariannya iaitu dengan berniaga. Anak tersebut pulang dengan perasaan yang sangat sedih kerana telah dicemuh dan dihina ketika menjalankan perniagaannya. Anak tersebut pun menceritakan perkara tersebut kepada bapanya yang sedang duduk dihadapannya.

Bapa mana la yang tidak sedih kalau anaknya dihina, namun dalam cerita ini bapa ini seorang yang bijak. Merasa sedih dengan nasib anaknya, bapa tersebut mengambil sekeping wang kertas bernilai 100 dari bawah punggungnya.

"Wahai anak ku, wang ini telah berada lama di bawah punggung bapamu ini, jika saya memberikan wang ini kepada mu, masihkah engkau mahu mengambilnya?" kata bapa tersebut.
"Ya, tentulah saya mahu," jawab anak tersebut.

Kemudian bapa meremukkan wang tersebut seremuk-remuknya. "Wahai anak ku, wang ini telah bapa remukkan, jika saya memberikan wang ini kepada mu, masihkah engkau mahu mengambilnya?" kata bapa tersebut. "Ya, tentulah saya masih mahukannya," jawab anak tersebut.

Kemudian bapa tersebut berdiri dan memijak wang tersebut dengan menggunakan kasutnya yang kotor dan membuang wang tersebut ketanah. "Wahai anak ku, wang ini telah bapa pijak-pijak dan telah bapa buang ketanah, jika saya memberikan wang ini kepada mu, masihkah engkau mahu mengambilnya?" kata bapa tersebut. "Ya, tentulah saya masih mahukannya," jawab anak tersebut kehairanan.

"Wahai anak ku, sedarlah bahawa wang adalah sesuatu yang berharga didunia ini, walau dipijak, diremuk dan dibuang sekalipun, nilai wang tersebut sedikitpun tidak akan turun. Begitulah juga nilai pada diri mu wahai anak ku," kata bapa tersebut kepada anaknya sambil tersenyum.

^^

Banyak kali dalam hidup kita, kita terjatuh, dijatuhkan, dicemuh bahkan dihina, tersungkur dalam kehidupan pilihan kita, namun sedarlah bahawa hidup kita sentiasa berputar dan putaran kejayaan tetap akan datang kepada kita apabila kita berusaha.

Kita merasakan diri kita tidak berguna, tapi ingatlah tidak kira apa terjadi atau apa yang akan terjadi, kita tidak akan kehilangan nilai diri kita, seorang MANUSIA. 
Kita istimewa.


Pixs seorang yang penuh kesalahan... ... ...

No comments:

Post a Comment

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...