MSG.... Redah jom!!!!
Tinggal di asrama nih memang banyak cerita, ada yang menyeramkan, ada yang menakutkan, ada jug yang mentraumakan, tidak lupa juga banyak yang menghiburkan. Kehidupan asrama adalah kehidupan yang pada Pixs pastinya merupakan suatu kenangan manis dalam hidup seseorang. Pada Pixs, kehidupan di asramalah bermulanya penemuan personaliti seseorang, mencari kawan setia, kawan sekepala, juga menjadi permulaan dalam hidup yang penuh pancaroba ini...ceh... keh3...
Pixs mahu cerita sedikit mengenai pemakanan di asrama nih, kepada ibu bapa, jangan lah risau, anak-anak anda kompom makan punyalah, kalau tidak maggi pun makan angin pun jadi lah.
| Maggi kari |
Pengalaman Pixs sewaktu duduk di UiTM dulu, banyak resepi yang Pixs cuba, bahannya kebanyakan dari sumber yang mudah seperti maggi. Kalau setakat mee maggi telur mentah, mee maggi air panas tuh sudah perkara biasa. Yang kurang biasanya tuh seperti mee maggi baldi, gayung pun ada juga, siap bersabun lagi. Pernah cuba maggi pembakar roti? Maggi pembakar roti di ilhamkan dari kawan sebilik Pixs. Mudah sahaja, maggi kari yang tidak habis tuh, biar dia kering sikit bersama karinya, letakkan dalam toester, bakar sampai rangup. Sooooodap wooo... ^^