Saturday, March 26, 2011

Rupa Bukan Aras Pengukur

Pixs dapat crita ni dari blog orang jga, cuma mahu kongsi shaja...


-kisah dongeng ni telah mengalami pengalihan jalan cerita mengikut sedap hati aku-

Alkisah di dalam sebuah kampung nun jauh di hujung bandar sana, hiduplah sepasang suami isteri di dalam rumah yg ala-ala nak roboh tapi still menten tegap berdiri. Si suami, Karim, bukan nama sebenar dan si isteri, Salmah, bukan nama sebenar juga hidup dgn berniaga pucuk paku di pasar tani setiap hari rabu kat bandar tu. Mereka ni sgt jujur dlm perniagaan mereka. Tidak pernah sekali pon cuba utk mengambil untung berlebihan dari pelanggan.



Maka pada setiap hari selasa, Karim dan Salmah akan masuk ke dlm hutan kat belakang rumah dorang tuh utk mencari pucuk paku. Best kan hidup cam dorang..seminggu sekali jer keja…hari2 lain chillax kat rumah atau gi holiday. Bisnes musti kencang kan…pertanian itu perniagaan katakan.. “Nampaknya hari ini sangat cerah,angin sepoi-sepoi..kalau pekena teh o suam bawah pokok rhu memang layan habih nih” ujar Karim… “Nah bang, makanla nasi lemak terbaek dari ladang yg Mah buat pagi tadi nih” Salmah me-reply… Maka berehatlah mereka berdua dibawah pokok rhu berdekatan sungai yg nampak cam tenang jer tuh… Karim dah larang Salmah dari main2 dekat dgn sungai tu…

“Mah, jgn pi dekat sgt dgn sungai tu…steady water we donno got crocodo or not u know!” Karim memberi amaran. “Ala bang nih, Mah nak ushar kejap muka Mah pakai mekap MAC yg baru beli semalam nih…kasi can la sket”…
Larangan si suami diendahkan, dgn kuasa tuhan…Salmah telah tergelincir dan terjatuh kedalam sungai ituww…sekelip mata saja Salmah sudah hilang dari pandangan. Karim menjadi penik dan peluh2 jantan dia pon mula keluar…Karim cuba kontrol emosi yg sedih dgn memanggil2 nama isterinya… Mahh…ooo Mahh…jgnla main2 dgn abang…kot yer nak skuba diving pon tunggula kita gi perhentian dulu Mah” Karim memanggil dgn nada terketar-ketar… Selepas 5minit berlalu, yakinlah Karim yg isterinya bukan main2…ini bukan menyelam lagi tapi mmg betul2 tenggelam...

Poooff!!!! (kuar asap kepul-kepul macam kat genting highland waktu pagi)…. “Assalamualaikum nak…” ujar seorang lelaki tua berjubah putih berspek mata ray-ban. Rupa paras lelaki tua ini tak ubah seperti watak M.Nasir dlm filem Magika. Cuma lelaki tua ini berkasutkan sandal Crocs musim luruh 2009 saja… “Waalaikumusalam…siapakah gerangan kamu orang tua?” Karim acting kool lagi…sambil tanya soklan… “Namaku tak perlu kau tahu…mahukah kamu utk aku selamatkan isterimu yg tenggelam di dasar sungai ini?” tanya lelaki tua… Karim mengangguk-ngangguk tanda setuju…

Maka terjunlah pak tua kedalam sungai…2 minit kemudian timbullah dia dgn seorang wanita yg rupa paras sebijik macam Siti Nurhaliza… “Adakah ini isteri kamu yg hilang itu?”..
“Tidak, dia bukan isteriku…langsung tak sama lah pak tua” Karim meng-deny-kan wanita tadi...

Terjunlah pak tua sekali lagi ….1 minit berlalu dia timbul semula dgn seorang wanita yg sejibik from head to toe macam Hannah Tan…wanita itu berbaju kebaya lagi… “Adakah ini isteri kamu yg hilang itu?”...“Tidak, dia bukan isteriku…langsung tak sama lah pak tua” Karim meng-deny-kan wanita kedua tadi...

Pak tua tarik muka mulut muncung bak burung belatok sambil terjun sekali lagi kedalam sungai… 10 minit kemudian timbullah dia dgn seorang wanita…“Yesss pak tua…inilah isteri saya yg hilang itu…terima kasih pak tua”…said Karim… Pak tua menggelengkan kepala lalu berkata… “Nah ambiklah kembali isteri kamu yg gemok nih…jenuh aku nak angkat dia dari dasar sungai tadi” pak tua dgn muka tensennya…

“Dia bukan gemok…dia chubby sikit jer…tapi saya sayang dia pak tua…rupa paras bukan pengukur” “Kamu memang suami yg jujur dan ikhlas wahai Karim..maka dengan itu amiklah pulang wanita-wanita yg lain tadi juga”

Karim bersyukur dgn rezeki yang dia dpat dan pulang dgn hati yg sgt hepi…

-TAMAT-

Moral of the story – Bersikap jujur dan ikhlas itu menguntungkan.
Kalau korang pernah baca cerita yang ORI, cuba sambunk cerita kat atas ini. Apa jadi kalau si Karim tu dia crita kat kawan dia yang tamak... ... ... ^^

Cerita ni COPY trus dari:

No comments:

Post a Comment

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...