Showing posts with label Suatu Cerita. Show all posts
Showing posts with label Suatu Cerita. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Sa Di 2013... Nakama~~

Pikca Sebelum 2012








 Pikca Tahun 2012




HABIS DAH. . . . 2013~~!!!!

Masuk 2014...

Ah... Mau jadi apa tahun baru ne??? hmmm...
^^v

Tuesday, November 19, 2013

Mood Makan tapi Vegiterian

Suatu hari bila dah ada mood, bahan dan peralatan...
Lelaki nih bila dah semangat, naaa~~



Sayur bintang nih, REBUSSSS~~~

Is This Last Meeting???

Ladies Mens Night
13 November 2013
Hari-hari akhir di IPG sebelum cuti hujung tahun

Memang pokai dah ni...
Tengok member pun makan maggi jak...
Slalu dah mengeluh kelaparan, duiii kesian...
Apa, ko ingat ko jak yg lapar???!

Dwet tinggal RM30 jer, ni pun tuk sewa keta pulang rumah...

Friday, October 25, 2013

Resepi Ulam - Bila dah boring, rumput pun jadi sedap~


Ada lah sebuah cerita, remaja azrama nih kreatif sikit... ^^v

Suatu cerita, si kawan nih boring, teringin sangat nak mengunyah...

Mula-mula, crita-crita besa, crita itu, ini...
Cerita punya cerita, sampailah bab makanan...

Cerita bab makanan, lebih detail, makanan paling pedas..
Sampailah tiba ke destinasi cerita pasal ulam...


Jeng3~

Wednesday, September 5, 2012

Suatu cerita pada Raya 2012

Best sangat raya tahun nih.. Hee..

Pengalaman paling best, apabila esoknya nak raya, malam tuh lepas takbir raya, sa n keluarga yang gila Dota semua serbu Cyber Net... Pulang sampai jam 2 pagi... Kih3... Esoknya, macik2, babuk2 semua memberi kata2 hikmah yang pedas... Hahaha... mantap la....

Raya pertama dan kedua sa ikut blakang mam n pap jak... Round Kampung Laut... Rawai yang wat rumah terbuka....

Cerita laen, raya ketiga dan seterusnya, sa beraya ngan member2, dah macam lupa dunia, beraya sampai jam 1 pagi untuk 3 hari berturut-turut... Nah kau.... Kih3...


Sunday, June 24, 2012

Menjadi Koleksi

"KeyChain"




Masa sekolah dulu, selalu dapat hadiah daripada cikgu... Hadiah yang popular dapat dari cikgu adalah "keychain"... Kenapa? Sebab murah murah...hehe... Nti jadi cikgu, hadiah sa pun setakat "keychain jak, cukup la... Hehehe...


Saturday, February 25, 2012

Bukan Sekadar Maggi Biasa

Apabila bahan dan sumber telah lengkap...
Rasanya tidak perlu tunggu lama lagi...
Bukan pasal assignment, pasal makan...
Heee...

Sudah bermalam-malam aktiviti ini dilakukan...
Makin hari semakin sayang sedap...
Pasti licin mangkuk maggi dibuatnya...
Yeah~!!!


Wednesday, February 1, 2012

Menghargai Duit Syiling

Ceritanya ketika lepak dengan member...


Adalah cerita, ketika lepak dengan member di sebuah restoran...
Makan minum yang ala kadar ja...
Tapi cerita, semua tidak mau kalah...
Yang mulut disini dengan ceritanya, yang sana lagi dengan ceritanya...
Tidak sanggup telinga memilih, mana cerita yang mau di dengar...
haha...

Saturday, August 6, 2011

PUASA: Berbuka Dulu Dan Kini



Mahu diceritakan pengalaman berbuka puasa nih, memang penuh...
Tidak kira, kepada siapapun, asalkan pernah melalui bulan puasa dalam hidup dia terutama di Malaysia...
Sama ada yang pernah berpuasa atau tidak pernah langsung berpuasa...
Sudah pasti, pengalaman berbuka puasa memberi seribu satu cerita...
^^
(intro yang best... Kan~3x)

Sunday, July 10, 2011

Suatu Hari Yang Tenang...


shhh!
Diam-diam... Senyap k...

Shhh...


Nak diam atau nak kena bagi diam?!


Kisah ini bukan nak menunjuk-nunjuk...

Bukan jugak untuk temberang...

Juga tidak mahu mengatakan Pixs dan teman terbabit HEBAT walaupun realitinya kami terhebat...

JANGAN TIRU AKSI KAMI~!!!


Wednesday, June 15, 2011

SUNWAY LAGOON Kepunyaan Nenek


Apa beza sungai kat tempat nenek Pixs dengan Sunway Lagoon???

Ngeh3...

Untuk itu... Pixs sediakan....

Indahnya Sungai Nenek Pixs...
Uhaaaa~!!!

Wednesday, June 8, 2011

Pengisian Cuti Yang Ala Kadar

Ceritanya begini...

Mula-mula...

Dimulakan dengan Bismillah dan...

sudah tentunya....

di ...

di sudahi dengan...

ALHAMDULILLAH...

Yihaaaaa... !!!


Tidak cukup senyum nih...

Tambah lagi...


Ngeh3...

Monday, May 16, 2011

Rumah Nya Ada Cikgu~!!!

Sempena Hari Guru nih... ^^
Ada sebuah cerita... Jeng-jeng-jeng...

Epal manis lagi sedap tambah nyaman untuk geguru semua...


Pixs nih dahulu seorang yang... Emm... Er... Yelah, bebudak lagik, besalah, jajal macam setan... Tanya Mam Pixs sendiri, kompom dia cakap, Pixs nih budak nya baek, sopan santun, rajin dan hencem... Hehe... Betuuul~!!! Cuba tanya sendiri ngan Mam Pixs tuh yang kiut, lagi ayu, rajin, baek luhur hati budi dan memacam lagilah yang best-best... Kan Mam kaaaan~~~
(*.*) 
 (mata Pixs yang bercahaya minta belas ehsan)


Ehem... Besa lah, Pixs seorang anak yang kurang berterima kasih, Pixs mengaku tuh semua, Pixs tidak sempurna... Tetap insan biasa... Kalau sesuatu yang Pixs tidak sedap ati tuh, Pixs redah jer...~

Nak bikin cerita nih, BA~PAK Pixs... Pheh... (Dalam intonasi tidak puas ati)
Eiii~ Memang tidak puas ati betul Pixs tengok... ... ...
Apsal ye... Eiii~ Nak cakap pun macam anak durhaka pulak...
Nak type ker tidak nih... Adedeh...
Berbelah bahagi Pixs rasa... Pheh~!!!
Cool kejap...

Saturday, May 14, 2011

Saat Naluri Menginginkan Kaya

Mari Pegang Uwang Berjuta


Dijadikan sebuah cerita di mana geng-geng Pixs nih butuh keseronokan. Oleh keranan selalu berseronok, kiranya pada hari tersebut, mereka inginkan suatu keseronokan berganda, lebih mantap dari biasa... hehe... Apa korang suma phikir kalau pasal "keseronokan berganda" nih??? Pada hari tuh jugak, kebetulan si Boss beli suatu permainan yang korang kompom tahu punya, Juta Ria...Jadi... Jadilah... Keh3...

Saturday, May 7, 2011

Menyayangi Ibu Dalam Wasiat Terakhir

07 Mei 2011
Hari Ibu



Selamat Hari Ibu kepada SEMUA yang bergelar IBU...

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa... Yaaa, fakta ini berdasarkan wikipedia, Pixs copy dan paste jer... Huhu...


Untuk semua bergelar anak, jangan lah malu mahu peluk, cium dan menyayangi ibu anda... Nak malu apa juga, ibu sendiri juga tuh... Tidak perlulah mahu sombong dan bongkak... Jangan sampai kena sumpah jadi batu sudah... Yang selalu kurang haja' dengan ibu-ibu tuh, ke mana kamu mahu pergi kalau ibu kamu tiada??? Sesiapa yang pulang rumah, kelaparan, pastu marah-marah ibu tidak buat makanan, memang nak kena tampar guna kaki tuh... Ingat kerja rumah tuh senang, haaa... Cuba sekali duduk rumah, buat kerja yang ibu-ibu selalu buat... Tidak patah pinggang pun, mungkin dapat tulang rapuh... hmmm...

Thursday, April 7, 2011

M.S.B. Pd Malam Earth Hour

Mahu dijadikan cerita, suatu hari pada hari Sabtu pagi tuh, datang kesatuan dalam diri Pixs dan geng-gengnya. Idea datang dari seorang mamat nih bernama Andre, "Malam nih kita steam boot jom?!". Pixs menyeegerakan persetujuan, "Ngam, keluar nanti teruslah beli barang... ... ..." Kemudian disokong oleh Azroy, teman sebilik Pixs dan Arnet, kawan sekepala Andre. Bermulalah cerita untuk hari tuh, pelan dan rancangan untuk buat steam boot terjun mereka.

Perkara pertama yang mereka lakukan, menyenaraikan barang-barang dan bahan-bahan untuk malam tuh. Semua ada tugas masing-masing, duit masing-masing, makan pun nanti pakai mulut masing-masing...hehe... Bukan senang mahu senaraikan bahan dan barang tuh, kena fikir sedalamnya, dekat sejam baru siap buat senarai tuh, macam jawab soalan periksa la pulak kan... Hehehe...


Senarai barang-bahan dan tugas

Wednesday, April 6, 2011

Resepi Remaja Asrama

MSG.... Redah jom!!!!

Tinggal di asrama nih memang banyak cerita, ada yang menyeramkan, ada yang menakutkan, ada jug yang mentraumakan, tidak lupa juga banyak yang menghiburkan. Kehidupan asrama adalah kehidupan yang pada Pixs pastinya merupakan suatu kenangan manis dalam hidup seseorang. Pada Pixs, kehidupan di asramalah bermulanya penemuan personaliti seseorang, mencari kawan setia, kawan sekepala, juga menjadi permulaan dalam hidup yang penuh pancaroba ini...ceh... keh3...

Maggi kari
 Pixs mahu cerita sedikit mengenai pemakanan di asrama nih, kepada ibu bapa, jangan lah risau, anak-anak anda kompom makan punyalah, kalau tidak maggi pun makan angin pun jadi lah.
Pengalaman Pixs sewaktu duduk di UiTM dulu, banyak resepi yang Pixs cuba, bahannya kebanyakan dari sumber yang mudah seperti maggi. Kalau setakat mee maggi telur mentah, mee maggi air panas tuh sudah perkara biasa. Yang kurang biasanya tuh seperti mee maggi baldi, gayung pun ada juga, siap bersabun lagi. Pernah cuba maggi pembakar roti? Maggi pembakar roti di ilhamkan dari kawan sebilik Pixs. Mudah sahaja, maggi kari yang tidak habis tuh, biar dia kering sikit bersama karinya, letakkan dalam toester, bakar sampai rangup. Sooooodap wooo...  ^^

Sunday, February 27, 2011

S.S.M.

Kalau orang putih, mereke slalu sebut BFF. Untuk yang hiphop sikit mungkin sebut BBE (best buddy ever). Kalau Pixs pula, sekadar SSM sahaja. Maksudnya ialah "Sahabat Sampai Mati"... ^^

Cerita sebelumnya Pixs dari pedalaman Brumas dan mengikuti bapanya yang berpindah tempat bertugas ke sekolah baru. Sekolah tersebut ialah S.K. Pengalat Besar. Bapa Pixs menjawat jawatan penolong kanan 1 disekolah tersebut. Di sini, Pixs mengambil ikhtibar dari sekolah lama Pixs, mencari kawan tanpa mengira bagaimana perangai budak tu, yang penting kawan. Tapi mula-mula sampai sekolah tu, macam biasa la, malu segan lagi silu, perangai setan belum lagi keluar.


Monday, January 31, 2011

Ucapan Dari Mereka Kepada Dia

Kali ini Pixs membawakan ucapan-ucapan untuk seorang sahabat Pixs yang baru sahaja melepasi umur 20 tahun kehidupannya. Dalam program untuk menggembirakannya, seorang dari temannya menampilkan idea untuk mengutip beberapa cerita menarik dari rakan-rakan sahabat ini mengenai pengalaman mereka ketika mereka mengenali sahabat ini. Ucapan-ucapan ini telah di post ke dalam Blog PISMP Sains. Untuk sahabat yang bernama Arnet, Selamat Hari Lahir. ^^

Pixs tertarik dengan ucapan-ucapan rakan-rakan Arnet, ucapan yang mana apabila dibaca, melahirkan rasa gembira untuk pembaca yang mereka tujukan. Pixs tahu, pasti tidak ada rasa tertekan, geram, benci  atau apa-apa perasaan negatif sedikitpun mereka letakkan dalam proses mengarang ucapan mereka. Hasil ucapan mereka, terbukti, mana-mana pembaca yang membaca ucapan ini, pasti akan merasa tenang. Insyallah... ^^

Pixs seorang yang banyak salah, menyimpulkan bahawa, dalam apa-apa perkara sekalipun, jika kita lakukan dengan perasaan kita, dengan hati kita, hasilnya juga akan sama seperti apa yang ada dalam hati kita ketika kita mengerjakan perkara tersebut. Oleh itu, selalulah kita melakukan sesuatu perkara itu dengan hati yang terbuka, tenang dan gembira kerana apabila hasilnya sudah berbuah, mereka yang melihat hasilnya juga akan merasa sedemikian rupa. 

Saturday, January 22, 2011

"Kumpulan Kreatif"

Pixs dahulu ketika masih menjadi pelajar sekolah rendah mempunyai sebuah kumpulan yang hebat. Bukan kumpulan band, tetapi kumpulan dalam kelas. Kumpulan ini bertahan selama setahun dan menjadi ingatan untuk Pixs sampai sekarang.^^


Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...