Wednesday, April 6, 2011

Resepi Remaja Asrama

MSG.... Redah jom!!!!

Tinggal di asrama nih memang banyak cerita, ada yang menyeramkan, ada yang menakutkan, ada jug yang mentraumakan, tidak lupa juga banyak yang menghiburkan. Kehidupan asrama adalah kehidupan yang pada Pixs pastinya merupakan suatu kenangan manis dalam hidup seseorang. Pada Pixs, kehidupan di asramalah bermulanya penemuan personaliti seseorang, mencari kawan setia, kawan sekepala, juga menjadi permulaan dalam hidup yang penuh pancaroba ini...ceh... keh3...

Maggi kari
 Pixs mahu cerita sedikit mengenai pemakanan di asrama nih, kepada ibu bapa, jangan lah risau, anak-anak anda kompom makan punyalah, kalau tidak maggi pun makan angin pun jadi lah.
Pengalaman Pixs sewaktu duduk di UiTM dulu, banyak resepi yang Pixs cuba, bahannya kebanyakan dari sumber yang mudah seperti maggi. Kalau setakat mee maggi telur mentah, mee maggi air panas tuh sudah perkara biasa. Yang kurang biasanya tuh seperti mee maggi baldi, gayung pun ada juga, siap bersabun lagi. Pernah cuba maggi pembakar roti? Maggi pembakar roti di ilhamkan dari kawan sebilik Pixs. Mudah sahaja, maggi kari yang tidak habis tuh, biar dia kering sikit bersama karinya, letakkan dalam toester, bakar sampai rangup. Sooooodap wooo...  ^^

mee sodap weeh...

Untuk mee Sedap pulak, selalu di UiTM tuh kalau sudah datang perasaan kesatuan dalam diri, masing-masing kumpul sebungkus mee Sedap Goreng (MSG). Bahan-bahan mudah, MSG yang mencukupi, ikut bilangan ahli yang mahu makan. Beg plastik sampah yang bersih dipotong lebar. Kalau mahu alternatif kasi lagi UMHH!!!, boleh  lah guna sos KFC curi ker, tobasko Pizza rompak ker, lada hitam ker atau garam penambah cukup rasa. Caranya mudah, rebus MSG sehingga lembut dan tapis air dari mee. Kiranya asingkan jer lah air dari mee tuh, macam tidak pernah makan MSG pulak... Hehe...

Aksi seterusnya, gam plastik sampah yang telah dibelah dua ke lantai. Sebaiknya cuci dulu. Letak, lumur, tabur dan apa-apalah perkataan yang berkenaan, MSG tuh atas plastik sampah, kiranya plastik sampah itu macam pinggan, mengelakkan MSG dari menyentuh lantai. Semua perisa MSG pun letak jugak. Kacau MSG, guna tangan pun boleh, tangan ramai pun boleh.

Jeng... Jeng... Jeng... Mee Sodap Goreng Lantai pun siap.... Heehe...

Letak Plastik Sampah Tuh Macam Demonstrasi Sebenar Kat Dalam Pikca Nih K...


Bukan Pikca Dari Afghan, Fokus kat MSG tuh jer k...
Selesai kerja, tinggal makan lagi, semua berkumpul mengelilingi beg plastik, duduk cara nabi wokeh, biar ada ruang sket...^^ 
Cara makannya mengikut agama masing-masing, Pixs Islam, jadi... jadi lah... ^^
Baca doa lah dulu, takut tercekik terus K.O nanti, susah jugak. Bahan seperti Sos KFC, Tobasko tuh, pikirlah sendiri macam mana mahu guna. Guna bahan tuh bukan kat plastik, tapi letak kat tapak tangan, manalah tahu ada yang alergik dengan Sos KFC "CURI", ada jugak memang pantang ada curi-curi @ rompak nih. ^^

Kiranya bukan Pixs mahu mengajar cara pengotor, eh... Kotor ke~ ?! Biasalah remaja, pengalaman. Buat sekali sekala begini, insaf juga, merendah diri, rapatkan hubungan persahabatan, bergembira juga, masih sihat juga, ada juga cerita dan macam-macam lah. Buat perkara tuh biarlah dengan nawaitu (niat) yang baik, kompom gembira punya... ^^


Manusia biasa penuh kesalahan...
Pixs ini pun manusia biasa juga...
Ambik yang baik, yang jahat sepah-sepahkan jer... ^^

 Akhir kalam, wassalam...

No comments:

Post a Comment

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...