Sunday, July 10, 2011

Suatu Hari Yang Tenang...


shhh!
Diam-diam... Senyap k...

Shhh...


Nak diam atau nak kena bagi diam?!


Kisah ini bukan nak menunjuk-nunjuk...

Bukan jugak untuk temberang...

Juga tidak mahu mengatakan Pixs dan teman terbabit HEBAT walaupun realitinya kami terhebat...

JANGAN TIRU AKSI KAMI~!!!





Tersebutlah kisah, suatu hari yang boring...
Pada hari tuh...
Memang asrama lelaki sunyi...


Pada hari tuh...
Memang tidak ada angin yang bertiup...


Pada pagi tuh...
Kelibat pokok buah jambu air En. Bujang sangat tenang...
Berseri dengan buah jambu air yang merah...


Pada hari tu... 
Tanpa angin...
Tambah dengan suasana yang sepi...
Tiba-tiba... ... ...


(Pheh... Crita seram nih)


Dengan seramnya...

POKOK JAMBU AIR TUH BERGOYANG...


Pixs ada ambik pikca pokok tuh dari depan bilik Pixs...

Lihat betul-betul keadaan pokok tuh...

Nampak tak satu-satunya pokok tuh??? Itu lah pokok jambu air En. Bujang yg bergoyang tuh...
Patutlah banyak buah, buahnya pun manis sangat...

Orang yang melihat kejadian itu, kompom terkejut...
Dengan mulut melopong, mereka menaikkan sebelah kening mereka...
(o_0)

Hui... Pheh... Seram sangat...
Berdiri bulu roma dibuatnya...




Pixs dan teman sebilik Pixs yang tidak mahu nama nya diketahui TIDAK nampak kejadian tuh...
Sebab...
Kami berdua yang menggoyangkan pokok tersebut...

Di pendekkan cerita...
Dengan mata yang bersinar-sinar...
Kami berjaya...
Mendapatkan "NYA"....
(*_*)


Merah-merah dan besar-besar....

Eiiii... Kalau ada kicap, gula, lada dan belacan, memang lah sadis kesedapannya...

Phehh... Manisssss pulak jambu curik nih...
Nyesal kalau tidak rasa...

Cara nak ambik mudah sangat...
Pixs kongsi rahasianya...
Mesti mata korang bersinar-sinar nak dengar kan...
(*_*)

Rajah 1.0
Mula-mula, pergi tingkat 1 (sila rujuk Rajah 1.0)

Kemudian, capai dahan buah jambu air yang berbuah (jangan buat goyangan ke atas pokok jambu air)...

Dengan perlahan-lahan, ambik buah yang telah digenggam (JANGAN TAM-MAK~!!! BODOH~!!!)...

Masukkan dalam poket seluar atau bakul hitam...

Aksi paling last adalah berlakon...

Berjalan keluar dari tempat kejadian seperti tidak ada apa-apa yang berlaku...

Keputusan akhir adalah SUKSESSSS~!!!




P/S: Pixs nak mintak maaf atas keterlanjuran yang telah kami buat...
Kami sekadar menolong...
Lagipun, daripada buah tuh rosak, buruk dan dimakan beburung dan semut, ada baeknya kami tolong beburung tersebut makan buah tuh...
Kan 3x~

No comments:

Post a Comment

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...