Mahu dijadikan cerita, suatu hari pada hari Sabtu pagi tuh, datang kesatuan dalam diri Pixs dan geng-gengnya. Idea datang dari seorang mamat nih bernama Andre, "Malam nih kita steam boot jom?!". Pixs menyeegerakan persetujuan, "Ngam, keluar nanti teruslah beli barang... ... ..." Kemudian disokong oleh Azroy, teman sebilik Pixs dan Arnet, kawan sekepala Andre. Bermulalah cerita untuk hari tuh, pelan dan rancangan untuk buat steam boot terjun mereka.
Perkara pertama yang mereka lakukan, menyenaraikan barang-barang dan bahan-bahan untuk malam tuh. Semua ada tugas masing-masing, duit masing-masing, makan pun nanti pakai mulut masing-masing...hehe... Bukan senang mahu senaraikan bahan dan barang tuh, kena fikir sedalamnya, dekat sejam baru siap buat senarai tuh, macam jawab soalan periksa la pulak kan... Hehehe...
Senarai barang-bahan dan tugas |
Rancangan nih diorang rancang pada waktu pagi, pada waktu tengah hari, diorang akan pergi ke pekan dan membeli barang-barang mengikut tugas-tugas mereka.
Siap gantung di stady board lagi, takut nanti terlupa pulak... |
Dengan hati yang berkobar-kobar, mariii steam boooooot...!!! ^^ |
Segala rancangan berjalan lancar, bahan-bahan pun telah tersedia,lengkap lagi tuh. Masih mengikut rancangan awal, masak dan makan pada waktu malam, jadi... Jadilah...
Segala bahan mentah perlu di proses terlebih dahulu, memudahkan proses terjunan bahan berlaku. Mari kita renung sedikit resipi mereka pada hari ini... ... ... ^^
1. Mula-mula sekali, seperti rancangan masakan seperti biasa, pastikan semua bahan disediakan, bersih, segar dan halal adalah disarankan.
2. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah ini. Jika mahu tambah inovasi dalam terjunan bahan, silalah, tidak ada paksaan dalam Islam. Jika mahu letak racun pun boleh juga, asalkan sedap lidah merasa... ^^
Itu dia barang-bahannya...hehehe... |
3. Sediakan bahan-bahan, potong isi ayam, kupas bawang, sembelih sayur, hiris sosej dan sebagainya... Buatlah apa yang patut.
Adegan mengasingkan isi ayam dari tulangnya |
Adegan lagi dekat, ayam fresh ok... |
Isi ayam dikikis abis dari tulangnya, tidak bagi peluang sikit pun... ^^ |
Kalau ada yang kebulur sangat, boleh juga tulang-tulang ini dihancurkan, selepas tuh, ble buat keropok... |
Macam biasalah, ada tukang potong, tukang tengok pun ada juga... Telan liur ker gink??? ^^ |
Tomato, bawang merah, bawang putih dan halia yang sedia di terjunkan... |
Hasil isi ikan pada hari tersebut |
Sayur yang dipotong small |
Sayur yang dipotong medium |
Sorang lagi tukang potong, beliau pro dalam kerja potong memotong seperti potong kuku, potong stim orang dan potongan badan... |
Bahan lain selain isi ayam melainkan udang dimana memberi kelainan pada isi ikan... Saja kasi bingung korang sket... ^^ |
Taaaa... Daaaa.... Bahan yang sedia untuk terjun~!!! |
Telur nih boleh menyebabkan kentut anda berbau, bau apa? bau kentut leerrr... |
Emmm... Sebenarnya, ini lah rahasia Pixs and da geng... Oleh itu, setiap masakan diorang buat nih, kompom dan memang pasti nyaman dan lazat lagi sedap lah... ^^ |
Kiub pati ayam... emmm.... yum3... |
Tidak lupa jugak, barang terpenting... Pandai-pandailah tafsir sendiri... |
Suhu perlulah betul, biar kasi tahap paling panas, bertujuan agar masakan laju dan cepat siap. |
4. OK, untuk adegan seterusnya, didihkan air dalam mesin pemanas, lepastuh, terjunkan jer sumuuuuuaa bahan-bahan bermula dari bahan perasa ke bahan makanan lain. Uhaaa...~!!! Redah jeeerr....
Hihihi... Sudah harum dah tuh... |
Cuba sedut sikit bau steam tuh... keh3... |
Masukkan bahan-bahan sedikit demi sedikit, ikut adat masakan, masuk satu, siap, makan dulu, pastu baru masukkan lagi yang baru... Ulang sampai mulut berbuih kekenyangan... |
Sambung kembali cerita, Pixs and Da Geng melantak dengan rakusnya pada malam itu. Mahu dijadikan cerita, pada malam tersebut merupakan hari Earth Hour. Pixs seorang yang cintakan kedamaian dunianya, cintakan alam sekitar lah katakan, jadi... Jadilah...
Malam tuh mereka makan bergelap. Mereka start makan ketika bermulanya saat pertama padam lampu pada Earth Hour tuh. Sedap jugak makan dalam gelap, tidak kisah tahi hidung siapa terjatuh, tangan siapa tergigit, maklumlah malam yang kelam, di bilik yang gelap, dengan kulit yang malap, ditambah hati yang hitam, apa-apa boleh terjadi. ^^
Gelapkan Earth Hour joooom...!!!! ^^ |
Sebenarnya, rancangan pada malam tuh, biar makan sama-sama, biar masak dulu semua, biar semua ahli tiba, namun kita merancang tuhan menentukan... Hasilnya, sikitpun tidak tertinggal...
Nak simpan dalam nih tunggu orang belakang siap mandi...Ohho... Minta ampun geng, ini sistem layan diri, yang cepat kompom dapat, lambat, lantak hang la... ^^ |
Apapun, pada malam tuh memang best, tidur pun nyenyak... Alhamdulillah... Cuma malangnya, semua adegan telah berlaku dalam bilik Pixs, semua ahli tukang makan telah lebih awal menghanimunkan diri atas katil masing-masing, apa nak jadi dengan bilik Pixs.
Pengajaran dari cerita ini, buat assignment jangan last minit...
Hehe...kenapa??? Tidak ada kena mengena ker pengajarannya??? ^^
Sebenarnya, buat kerja biar happy, biar muncul dari hati, nawaitu yang penting. Selepas sahaja kerja yang di buat tuh selesai, sudah pasti dan diyakini, hasilnya akan dapat dirasakan, tidak kiralah dapat dirasa melalui hati atau lidah...
Buat sesuatu biar dari jiwa dan raga,
Yang penting pada impaknya,
Tentulah disekeliling kita,
sama ada kita bahagia
atau orang lain gembira,
masih tetap kita dapat pahala...
Inshallah...
Manusia biasa memang selalu buat kesalahan...
Pixs sedari, Pixs juga seorang manusia biasa...
Uhaaa... ^^
No comments:
Post a Comment