Saturday, September 24, 2011

Kalaulah Masanya Telah Tiba... Hmmm...

Berimaginasi adalah hobi yang tidak memuaskan...
Pasal tidak puaslah hobi nih dibuat selalu...


Alaaaahai....
Kalau lah ajal sudah tiba, apa jadi ek??? Hmmm... Takut...
Terus terang, tidak tipu, perasaan dalam hati nih takut mati...
Tapi, ajal maut di tangan tuhan... Fikirkan kematian buat kita insaf dan sedar...
Sedar sejauh mana kebaikan dan keburukan yang telah dibuat...
Kalau selalu dengar cerita-cerita para tabligh nih, seram sejuk dibuatnya... 
Alhamdulillah, hati ini masih mengingati-Nya...

Pixs nih baik???
Solat full ker???
Taat dengan ibu bapa??? Rasul??? Allah???
Jaga perasaan keluarga??? Saudara??? Sahabat???
Baik sangat kah hati nih???

Pernah jugak berangan kalau mati nanti mahu semua orang menangis,
mahu semua usung mayat lah, mahu ada yang menyesal tidak minta maaf ngan Pixs sebelum matilah, 
mahu ada yang rasa bersalah marah-marah, 
kalau boleh siap buat tugu peringatan untuk Pixs...

Masalahnya...

Pixs nih sapa mahu disanjung sangat???

Kalau mati nanti, apa jadi dengan mereka yang masih hidup ek...
Menangis, meratap, pengsan, bunuh diri??? Atau buat solat syukur, buat party, bergumbira, pengisytiharan cuti umum sekolah...
Hmmm...



Siapalah diri nih....

Entah-entah ramai yang benci lagi meluat tengok muka nih...
Kompom punyalah ada yang tidak puas ati...
Ada jugak yang tidak peduli, hal aku hal kau...
Lebih-lebih lagilah yang berdoa minta Pixs mati awal...

Hmmm...

Fuhhh...
Nekad tidak minta apa-apa dari mereka yang masih hidup...
Tidak minta mereka menangis, meratap...
Kalau mereka  mahu bergumbira, cuti umum, lantak lah...
Hanya 1 permintaan ikhlas dari Pixs...

"Maafkan dosa-dosa Pixs,
maaf menyinggung perasaan,
maaf selalu berkasar bahasa,
halalkan makan minum,
halalkan ilmu dan perkongsian,
gurau-gurau jak selalu,
jangan ambil hati dan 
kenang Pixs dalam doa-doa kamu..."

Kepada mereka yang bersalah dengan Pixs, jangan risau, Pixs bukan pendendam...
Kepada mereka yang berhutang, bayarlah hutang sebelum Pixs mati... ^^v
Insya'Allah, kalau tidak sempat bayar, Pixs halalkan semua tuh...

Semoga kita sama-sama mengambil iktibar...
Amin...

Mencuba menjadi yang terbaik...
Insha'Allah...





 












5 comments:

  1. Cukuplah mati sebagai peringatan..
    Terkesan dengan pertanyaan2 tersebut...

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya mengingati mati adalah menunjukkan anda adalah seorang yang bijak...bijak memikirkan keadaan anda di alam barzakh dan kehidupan di akhirat kelak..
    peringatan bersama, ap sahaja yg anda lakukan pda hri ini di dunia ini, fkirkanlah impak di akhirat kelak...insyaALLAH, anda adlh org yg bijak yg diriwayatkan dalam hdith nabi~

    ReplyDelete
  3. Semakin hari, semakin jauh kita melangkah...
    Semakin hari, semakin kita lupa...
    Semakin hari semakin dekat dengannya...
    KUBUR...

    Jadi, jangan melangkah besar sangat... ^-^

    ReplyDelete
  4. Pixs: jdi mcm aku, langkah kecik2 je~

    ReplyDelete
  5. Syukurlah ko ada langkah yang kecil.. ^^v

    ReplyDelete

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...