Thursday, March 24, 2011

Tahu Personaliti Anda?

Ringkasan Personaliti

Seorang telah putus cinta lalu berjumpa 4 orang yang berlainan personaliti. Berikut adalah perbualan mereka:

Si Putus Cinta: (Dengan nada yang sedih dan berair mata) Sa putus cinta wooo… …. … Waaaa…


Personaliti Pertama

Sanguine:  Iya? Nanti aku jumpa dia, gigit-gigit ketiak dia… Mesti masin  tu sebab pernah rasa sekali… Eh, ko sudah makan, ada sup kaki ular si Bechek bagi… Malam ni ada jamuan di Rumah si Cepol… Cepat bersiap, pakai baju baru k, jan ko pakai stokin lain seblah cam hari tu... hehe… 


Personaliti Kedua

Melancholy: Iya? Hari ini 01 April 2011 kan, bila berlaku, jam dan minit ke berapa? Apa dia cakap? Macam mana dia putuskan? Dia ada teman baru sudah? Siapa teman dia yang baru? Kau yang putuskan atau dia? Dia bosan sudah sama kau?


Personaliti Ketiga

Choleric: Iya? Itulah sa sudah cakap awal-awal lagi, apa kau rasa sekarang? Sa cakap sudahkan, sekarang apa jadi. Itulah tidak mahu dengar kata. Sekarang siapa susah, sekarang siap punya salah? Saya kan yang betul… Menangis kau kuat-kuat? Tidak ada guna, sakit telinga sahaja. Lain kali tidak mahu dengar cakap saya lagi?


Personaliti Keempat

Phlegmatic: Iya? Ala bunga tidak sekuntum la, sabo je la. Banyak lagi mahu dengan kau. Nasi sudah jadi bubur, menangis pun tidak berguna...
Iya?… kesiannya…
Sudah lah tu…
Iya ka?… Nanti dia kita kerjakan k…
Ooo…
Em? Ooo…
Cukup lah tu…
Sabo je la…



Tahu Jenis Personaliti Anda?

4 Asas Personaliti


Pixs pernah membaca sebuah buku mengenai personaliti yang wujud dalam diri seseorang.  Untuk pertama kali membaca buku tersebut, Pixs merasakan kurang berminat mengenai hal tersebut, namun salah seorang pensyarah Pixs, En. Roslan, bercerita mengenai perkara ini menimbulkan sedikit minat Pixs untuk mengenali personaliti orang lain. Best juga baca buku-buku ini, selain mendapat ilmu baru, maklumat ini berguna dalam kehidupan seharian.

Banyak buku-buku dan laman-laman web yang Pixs terokai dalam ilmu personaliti manusia ini, tapi tahu baca  pun tidak juga berguna. Tidak pernah Pixs praktikkan dalam kehidupan seharian. Pernah sekali Pixs lakukan tapi tidak berjaya. Bagi Pixs, manusia merupakan suatu kejadian yang unik, tidak pernah sekalipun Pixs berjaya memahami personaliti rakan-rakan Pixs.  Pixs mendapati manusia ini sentiasa berubah, terutama wanita, Pixs menghadapi masalah dalam memahami personaliti GF Pixs. ^^

Berhenti sampai di sana, lupakan pengenalan yang panjang lebar, Pixs bawakan 4 jenis asas personaliti menarik yang boleh dilihat pada diri seseorang. ^^

1.       Sanguine: Kehidupan  Bersuka Ria
Pernah jumpa orang yang sentiasa bising, tetapi dengan kebisingan dia tidak pernah buat orang rasa meluat? Kehadiran orang jenis ini, tidak kira lelaki atau perempuan, sentiasa menceriakan keadaan dimana dia berada. Orang yang mempunyai personaliti ini sangat diingini  kehadiran mereka dalam mana-mana keramaian. Boleh dikatakan orang yang mempunyai personaliti ini pelawak, lucu dan best. Orang ini juga suka berada ditengah-tengah pentas perbualan dimana inginkan perhatian namun tidak menyedari kemahuan mereka tersebut. Dalam berbagai keadaan, sentiasa menghiburkan orang disekeliling mereka tidak kira jadi DJ dalam kelas, bersoal jawab, teka-teki dan best dengar cerita dari orang yang mempunyai personaliti ini. Dapat kesan orang seperti ini disekeliling anda?

Manusia jenis sanguine ini, Pixs boleh katakan suka melihat dari suatu sudut yang positif. Jika gelas yang berisi air separuh, individu sanguine cenderung berpendapat bahawa gelas tersebut separuh penuh dan bukannya berpendapat separuh kosong. Dalam pemilihan makanan, mereka jenis redah dan ambil, tidak kisah, asalkan perut berisi, kenyang dan hati gembira. Mereka cenderung melihat sesuatu yang ada dihadapan mereka dan menghiraukan perkara yang difikirkan kurang, tidak ada atau tidak penting pada diri mereka.

Personaliti sanguine ini mudah dikesan kerana individu yang mempunyai personaliti ini sukakan warna-warni, atau warna yang terang. Orang-orang yang memakai pakaian yang berwarna-warni kemungkinan besar adalah seorang yang mempunyai personaliti jenis ini. Perlu diketahui bahawa hati mereka mudah tersentuh dan mereka tidak tahu menyembunyikan kesedihan mereka, kalau sudah sedih atau marah, perubahan tingkah laku mereka cukup ketara. Baiknya mereka ini, kesedihan atau kemarahan mereka tidak begitu lama, hantar senyuman termanis kepada mereka mampu melegakan hati mereka.

2.       Melancholy: Kesempurnaan
Individu jenis melancholy bersikap terperinci, sempurna habis, kemas dan teratur. Dalam perancangan mereka, semua pasti berjalan lancar. Orang yang mempunyai personaliti ini sentiasa berfikir dengan mendalam, bijak, artistik, perlakuan yang terkawal, adil dan set ukuran atau standard yang tinggi. Jika orang seperti ini menjadi seorang pensyarah, silap sikit atau kurang sikit dalam kerja tugasan, tidak mencapai keinginan beliau, tidak ada ampun bagi anda, buat lah balik kerja tu sungguh-sungguh. Kebaikan dari orang seperti ini, anda tidak terlepas dari ketidak adilan mereka kerana terlalu mengambil berat terhadap perasaan orang lain.

GF Pixs, punya kawan perempuan 80% mempunyai melancholy dan selebihnya sifat kewanitaan. Pixs sendiri tertarik dengan watak dia, cool, jika bercakap, tidak adanya bunga-bunga kata, terus “straight to the point”. Dalam Pixs mempertawakan watak dia, Pixs juga kagum, dia jugalah terer dalam kunci kira-kira perakaunan yang Pixs bodoh sangat, cakap memang serupa bikin, jika jam 8 dan 9 minit berjumpa, makanya jam 8 dan 9 minit jugalah masa berjumpa, kerja dahsyat dan mantap. Cuma jika dia merasa dikhianati, susah dia mahu mempercayai orang itu kembali. Dalam beberapa kes, jika anda mempunyai rakan seperti ini, tiba hari lahir beliau, jangan lupa “wish” kepada mereka tepat jam 12 AM dan PADA HARI YANG BETUL. Orang Barat selalu cakap, ”At a perfect time and a perfect moment”. Dan yang paling penting sekali, jika anda sahabat utama mereka, pastikan andalah orang yang pertama memberi ucapan tersebut.  ^^

Ingin mencari teman setia? Orang jenis melancholy sesuai menjadi kawan terbaik anda kerana kepercayaan dan kesetiaan mereka tidak ada tolak bandingnya. Cuma masalahnya dengan standard mereka yang tinggi, adakah anda terpilih menjadi rakan mereka? ^^
Tidak perlu risau, selama Pixs melihat orang berpersonaliti melancholy ini, kebanyakan mereka pada mulanya tidak memilih kawan. Mereka manusia juga, kalau tidak kenal, maka tidaklah kenal. Cuma pastikan anda yang memperkenalkan diri anda kepada mereka.

Mereka mudah dikenal pasti dan selalunya merekalah yang terkemas dan terbersih. Kebanyakan tapi tidak semua, baju merekalah yang tajam digosok, kasut merekalah yang paling berkilat, jalan merekalah yang gah dan bilik merekalah yang paling harum lagi kemas. Mereka juga jenis yang tidak kisah dengan hal-hal luar yang tidak penting, kritikan yang mereka berikan berikan sungguh pedih lagi pedas. Oleh kerana selalu inginkan kesempurnaan, mereka mampu dan selalu melihat kelemahan walaupun kecil. Orang jenis melancholy ini kadang-kadang pendiam dan apabila bersuara, segan juga orang mahu bidas cakap mereka.

3.       Choleric: Kelahiran seorang ketua
Pixs ada terbaca bahawa individu yang mempunyai sifat choleric ini jarang senyum, apatah lagi ketawa, mentertawakan orang itu kerja mereka. Pixs dapat lihat dalam cerita-cerita indon, watak choleric ini dapat dilihat pada musuh, memandang rendah pesaing mereka, selalu melakukan senyuman sinis, selalu menang tapi kalah di akhir cerita indon ini mereka akan insaf atau mendapat balasan setimpal sekali sahaja.

Untuk pengetahuan, sebenarnya personaliti ini sebenarnya menampilkan seorang yang berkaliber. Ada aura yang membuatkan orang-orang yang kecil ilmunya takut untuk melawan kata-kata individu yang mempunyai personaliti ini. Mereka selalu serius dalam melakukan kerja, jarang senyum (Pixs tidak setuju) dan kata-kata arahan mereka mudah tetapi diambil berat oleh pengikut di bawah mereka sebagai suatu arahan yang penting. Cuba buat uji kaji, ketika memberi arahan, cuba dengan sedaya upaya, dengan nada bukan marah tetapi serius, arahkan rakan-rakan anda melakukan sesuatu kerja, hasilnya pasti anda ditertawakan atau anda sendiri ketawa dengan cara anda memberi arahan. Namun, mereka yang mempunyai personaliti choleric, kata-kata mereka tersusun, lengkap dan mudah difahami, malah isi-isi perkara yang mereka sampaikan menjelaskan bahawa mereka berkata betul dan perlu dipatuhi.

Mereka dapat dikenal pasti kerana ketegasan mereka. Jika anda melawan keputusan mereka tanpa menyediakan sebab-sebab yang betul dan munasabah, itu merupakan suatu keputusan yang salah kerana anda pasti dilumatkan selumat-lumatnya. ^^

Hebatnya mereka kerana selalunya mereka mencadangkan dan mereka jugalah yang melakukan. Mereka berupaya melihat kemampuan anak-anak bawahan mereka. Kerja-kerja yang mereka berikan kepada anak-anak bawahan mereka selalu bersesuaian dengan kemampuan anak-anak bawahan mereka. Beri mereka masalah atau apa-apa yang susah, mereka berterima kasih dan menyediakan penyelesaian kepada anda. Mereka juga perlukan pujian kerana mereka sensetif kepada kerja yang mereka usahakan. Komen negatif pada hasil kerja mereka pasti memberikan anda hasil seperti… “Saya buat sedaya upaya saya, kamu beritahu saya, apa yang kamu berikan?!”.

Pada mereka, tidak ada toleransi, salah tetap salah. Jika mereka meminta air suam 3 ketul ais batu bersaiz ibu jari, setitik air limau kasturi diperam sehari, sebutir gula dari tebu asli siam, pastikan lah itu juga yang mereka dapatkan. ^^

Kebaikan mereka ini adalah selalu membangunkan orang, kata-kata mereka mampu memotivasikan orang lain kerana aura yang mereka ada membuat kata-kata mereka dipercayai. Mereka sahajalah yang berani menegur kesalahan orang, “face to face” lah katakan. Dalam organisasi, ketua seperti ini penting kerana kejayaan anak-anak bawahan dan organisasi terletak pada ketua yang berkaliber. Pixs tidak menyokong bahawa individu yang memiliki personaliti choleric ini jarang senyum. Pixs melihat bahawa kebanyakan yang Pixs temui mereka bersifat profesional kerana berjaya membahagikan watak mereka ketika menjadi ketua dan ketika menjadi teman biasa.

4.       Phlegmatic: Mudah Dibawa Berbincang
Individu jenis phlegmatic ini selalu mengelakkan dari menerima atau memberikan konflik, masalah atau kekecohan dan selalu mengidamkan kedamaian. Anda pasti seronok bersama individu seperti ini kerana mereka mudah dibawa berbincang, dan sentiasa tenang dalam apapun keadaan. Mereka jenis yang selalu menerima tanpa berfikir panjang, mudah menerima arahan, dan selalu setuju. Jika diberi pilihan untuk makan di Restoran Mamak Wan Kempis atau Restoran Mamu Che’ Jawa, jawapan mereka adalah… “Mana-mana sahaja, saya ikuuuuuuut sahaja…” ^^

Teman-teman wanita yang jenis suka memberi idea dan keputusan, individu jenis phlegmatic amat sesuai untuk mereka. Tidak akan pernah membantah kata, dan sentiasa berkerja keras dalam menenangkan keadaan, itupun kalau individu tersebut sayangkan teman wanita dia.

Individu jenis ini mampu menjadi perunding yang baik, mudah bertolak ansur, rela mengaku kalah dalam menjaga hati orang lain. Mereka tidak mudah gelisah, idea-idea mereka dalam menghentikan masalah mencurah-curah, melembutkan hati orang lain dalam perbincangan, dan kerana itulah setiap konflik dan masalah mereka mampu kawal dengan lancar dan baik. Mereka cenderung untuk berada di tengah-tengah garisan dalam pemilihan dan selalunya merendah diri.

Pendirian mereka mudah berubah, sekejap kata “iya” dan sebentar kata “tidak” dan kadang-kadang kata “eh”apabila mula keliru, jangan hairan jika mereka menyoal kembali soalan anda untuk proses berfikir kali kedua. Tidak fokus kepada soalan tetapi patuh kepada arahan. Mereka mudah mempercayai orang lain, mudah mendapat kepercayaan anda, tetapi sensetif jika mereka menghidu pengkhianatan yang berlaku keatas mereka. Boleh jadi, sebulan anda tidak ditegur.

Untuk mengesan mereka mudah, dalam mereka menjawab, mereka tenang untuk berkata “iya”, selalu mata mereka kuyu sambil merapatkan bibir, sempoi dan slamber, untuk jawapan yang mereka tidak pasti menjawabnya, mereka jawab namun tidak berani melihat kearah anda.

Sudah kenal pasti personaliti anda? Setiap individu selalunya tidak tertumpu pada satu personaliti. Ada individu yang mempunyai 2 personaliti dalam diri mereka, ada juga yang 3 dan ada juga yang berubah-ubah. Dalam Pixs membaca personaliti-personaliti ini, Pixs sendiri pun keliru, pada mulanya Pixs cenderung dalam jenis personaliti phlegmatic, selepas membaca maklumat tersebut, Pixs mula mengambil yang baik dan mengurangkan yang buruk. Secara jujur Pixs rasakan Pixs seorang yang mudah menerima idea orang lain, namun Pixs kuatkan sifat yakin, oleh itu tidak lagi Pixs tukar-tukar jawapan. Sekali Pixs berkata “iya”, Pixs mengiyakan tindak-tanduk Pixs. ^^

Jangan hairan, selepas membaca maklumat di atas, kemungkinan sedikit persepsi anda terhadap rakan-rakan anda akan berubah. Apapun, jadilah diri anda sendiri, Pixs percaya semua orang menyukai anda yang semula jadi dan bukannya jadian rekaan anda.

Manusia biasa selalu lakukan kesalahan...
Manusia baik selalu baiki keadaan...
Pixs manusia biasa yang baik yang sukakan cabaran...


Kutipan maklumat dari:

1 comment:

Pautan Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...