Dalam persoalan dimana bolehkan umat Islam menyambut Krismas, jawapan yang pasti adalah tidak boleh. Dalam beberapa rujukan saya, bukan sahaja Hari Krismas, tetapi kesemua perayaan bukan Islam adalah tidak boleh sama sekali disambut. 
Dalam beberapa rujukan Pixs, Ibnu Taimiyah, Ibnu  al-Qayyim, para pengikut dan ulamak yang lainnya berpendapat bahawa  hukum mengucap selamat Hari Natal adalah haram karena perayaan ini  adalah antara syiar Kristian. Dan pengucapan selamat itu dilihat sebagai  tasyabbuh (menyerupai) dan atas dasar ini, maka ia diharamkan. 
Ditambah lagi, mereka juga berpendapat wajib menjauhi berbagai perayaan orang-orang  kafir, menjauhi sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka, serta menjauhi  penggunaan berbagai nama dan istilah khusus didalam ibadah mereka.
Namun, peredaran masa berlaku dan muncul pandangan baru yang sedikit bercanggah dengan pendapat tersebut. Jumhur ulama masa kini  membolehkan pengucapan Hari Natal, antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi yang  berpendapat bahwa perubahan masa menjadikan dia berbeza pandangan dengan  Ibnu Taimiyah.
Adalah tidak menjadi kesalahan dalam Islam untuk berbuat kebajikan dengan memberi ucapan selamat keatas perayaan orang bukan Islam. Ia tidak kira sama ada melalui lisan atau tulisan seperti ucapan kad ang tidak menampilkan simbol mereka atau berbagai ungkapan keagamaan  yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti salib.
Al-Qaradhawi membolehkannya apabila mereka adalah  orang-orang yang lembut ke atas Muslimin, lebih-lebih lagi apabila ada  hubungan kejiranan, teman sekuliah, sepejabat dan lain-lainnya. Hal ini  termasuk dalam berbuat kebajikan yang tidak dilarang Allah.
Begitu juga tidak dilarang menerima hadiah daripada mereka sekiranya barang atau hadiah tersebut bukan yang diharamkan dalam Islam seperti arak, daging babi dan lain-lain.
 Pixs tidaklah expert dalam soal agama, tetami maklumat di hujung jari pada masa kini perlu digunakan. Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari beberapa rujukan ini:
 
 

No comments:
Post a Comment